Sunday 7 April 2013

Makluman untuk pelawat

Laman web ini disediakan untuk membolehkan pelajar memahami Sistem Suria. Ia berkaitan dengan :
1. Definasi sistem suria
2. Pengenalan dan maklumat tentang sistem suria
3. Gambar-gambar Sistem Suria
4. Slide show Sistem suria
5. Video Sistem Suria
6. snapshot  Sistem Suria
7. Capaian ke website lain ( website di Malaysia yang berbahasa Malaysia sahaja ) yang berkaitan dengan Sistem Suria.
Sekiranya ada cadangan, komen dan penambahbaikan, sila beri pendapat di ruang yang disediakan. 

Terima kasih atas lawatan anda. 

Mohon seribu kemaafan jika kekurangan di mana-mana bahagian kerana blog ini masih di peringkat permulaan..

Nasib Pluto

 
 Pada 24 Ogos tahun 2006, Pluto telah disingkirkan daripada keluarga planet dalam Sistem Suria kita. Dahulu planet dalam Sistem Suria terdiri daripada sembilan planet, kini hanya lapan planet sahaja.

Hal ini dipinda kerana takrifan yang dilakukan di bawah Resolusi 5A dalam Perhimpunan Am yang ke-26 dengan menyatakan bahawa “planet dan jasad yang lain, selain satelit, dalam Sistem Suria kita akan ditakrifkan kepada tiga kategori yang berbeza dengan cara yang berikut:

1.planet merupakan satu jasad samawi yang

a. Mengelilingi Matahari
b. Mempunyai jisim yang mencukupi untuk membentuk gravitinya sendiri bagi mengatasi daya jasad tegar supaya ia dianggap membentuk keseimbangan hidrostatik (hampir bulat)
c. Telah mengosongkan kawasan sekelilingnya di sekitar orbit (selain satelitnya)
d. Bukan sebuah satelit (tidak mengelilingi jasad lain dalam Sistem Suria selain Matahari).

2. Semua jasad lain, selain satelit, yang mengelilingi Matahari akan dirujuk secara keseluruhannya sebagai “Jasad Sistem Suria Kecil”. Maka, mulai saat itu, keluarga planet hanya tinggal 8 sahaja iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.

Manakala Pluto telah menyertai Ceres dan Eris sebagai golongan planet kerdil.

Berikutan itu, pada 14 Julai 2008, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah mengisytiharkan bahawa objek di bahagian luar Sistem Suria iaitu 2005 FY9 adalah planet kerdil dan diberi nama sebagai Make-make yang berasal dari nama dewa kemanusiaan Polynesia.

Kemudian, pada 17 September 2008, IAU sekali lagi mengumumkan bahawa objek trans-Neptun iaitu 2003 El61 telah diterima sebagai planet kerdil dengan nama Haumea, sempena nama dewi kesuburan Hawaii dengan dua satelitnya iaitu Hi'aka (dewi penaung Hawaii) dan Namaka (dewi laut Hawaii).
 

Program Gerhana Bulan Separa dan Zuhal

Planetarium Negara akan mengadakan Program Gerhana Bulan Separa dan Zuhal pada 26 April 2013 dari jam 3.00 hingga 6.00 petang. Orang awam dijemput datang. Beberapa Teleskop disediakan untuk melihat fenomena tersebut. Jika cuaca sesuai, orang awam juga akan dapat melihat Planet Zuhal dengan teleskop yang disediakan.