Pengenalan


Pengenalan

Sistem suria juga dikenali sebagai Bima Sakti (Milky Way). Dipercayai terdapat lagi galaksi-galaksi lain diluar sistem suria kita. Pusat kepada Bima Sakti adalah matahari. Mengikut kajian, jisim pusat matahari adalah lebih kurang 10exp30 kilogram. Matahari terbentuk hasil gabungan awan, gas dan debu diangkasa. Ia terbentuk 5 bilion tahun dahulu. Matahari sebagai pusat Sistem Suria dikelilingi oleh 8 planet yang mengikut susunan seperti berikut.

    1. Utarid
    2. Zuhrah
    3. Bumi
    4. Marikh
    5. Musytari
    6.Zuhal
    7. Uranus
    8. Neptun

Kesemua planet-planet ini mempunyai ciri-ciri tertentu. Contohnya, saiz Musytari ialah 317 kali lebih besar dari bumi. Marikh pula mempunyai gurun maut. Planet Zuhrah terdapat atmosfera asid sulfurik. Bagi planet yang mempunyai kehidupan, planet tersebut perlu mempunyai keadaan suhu, tekanan dan ketumpatan yang sesuai.

Selain daripada planet-planet, terdapat juga bintang-bintang di dalam sistem suria kita. Bintang berasal dari planet-planet yang tidak jadi membentuk. Ada bintang yang mati dan ada yang hidup. Sebelum sesuatu bintang itu mati, akan berlaku satu letupan besar yang dipanggil supernova dan menghemburkan segala nya (besi, kuprum dan sebagainya). Sesuatu bintang hanya boleh dikatakan berjisim besar jika jisimnya lapan kali lebih besar dari matahari. Bintang yang jisimnya lebih kecil dari lapan kali jisim matahari akan menghasilkan letupan nova jika meletup. Bintang yang meletup sebagai supernova kebarangkalian besar menjadi 'Lohong Hitam' (Black Hole). Bima sakti mempunyai lebih 100 bilion bintang termasuklah matahari.

Umur Sistem Suria

Mengikut Teori Nebula, umur sistem suria sama dengan umur matahari. Dijangka umur sistem suria adalah 4.6 bilion tahun. Cara mengukur atau mengira umur jasad semawi adalah dengan mengambil unsur-unsur dari planet dan menganalisa unsur radioaktifnya. Batu yang tertua yang terdapat dibumi berumur 3.9 bilion tahun dahulu. Manakala batu yang dibawa balik dari bulan oleh Apollo berumur 4.48 bilion tahun. Metiorit yang berasal dari marikh yang jatuh kebumi pula berumur 4.5 bilion tahun. Oleh itu, dari penemuan-penemuan ini, dapat dirumuskan yang umur sistem suria kita adalah lebih kurang 4.6 bilion tahun.

Ciri-Ciri Sistem Suria

Terdapat 5 ciri penting untuk sistem suria kita.

    1. Berbentuk cakera - ianya berbentuk cakera dan mengorbit di dalam satah yang sama. Arah peredaran dan putaran juga sama.
    2. Dua jenis planet - Terdapat 2 jenis planet iaitu Terrestrial planet dan Jovian planet.
    3. Sistem planet bergelang - Planet musytari, zuhal, uranus dan neptun mempunyai gelang.
    4. Hamparan ruang - Terdapat asteroid, komet dan meteor.
    5. Berumur lebih kurang 4.6 bilion tahun.

2 comments:

  1. salah.bima sakti bukannya 1 sistem suria, tetapi ada berjuta-juta sistem suria di dalam 1 bima sakti.

    ReplyDelete