Planet

 Lapan planet dalam sistem suria ialah :

    1. Utarid
    2. Zuhrah
    3. Bumi
    4. Marikh
    5. Musytari
    6.Zuhal
    7. Uranus
    8. Neptun

Di mana, kedudukannya adalah seperti berikut sambil mengorbit matahari (pusat sistem suria) pada paksi masing-masing.













1. Utarid


Utarid merupakan planet terdekat dengan matahari, memiliki nilai albedo rendah, iaitu 0.142. Utarid memiliki lapisan atmosfera amat nipis.Dengan orbit yang agak kecil, Utarid mengelilingi Matahari dengan cukup pantas. Kita dapat melihat transit planet Utarid berlaku setiap 13 hingga 14 tahun.


Planet Utarid ialah sebuah planet berkawah yang tidak mengandungi udara dengan saiz 1/3 diameter bumi, iaitu hampir sama dengan saiz bulan. Suhu pada permukaan planet ini panas. Pada waktu siang suhunya mencecah sehingga 700K (427°c), manakala suhu pada waktu malamnya pula ialah 100K (-173°c). Suhu yang melampau ini menyebabkan planet itu tidak dapat mengekalkan atmosferanya. Mealaui pemeriksaan spektrum, terdapat sisa-sisa hidrogen, helium, oksigen, potassium dan sodium. Unsur-unsur ini telah dibawa oleh angin suria (solar wind). Selain itu, permukaan planet (kerak) itu ialah permukaan yang berbatu yang ‘dilukai’ oleh kawah-kawah (craters) yang berbagai saiz.

Dalam penjelajahan Pioneer 10 ke planet itu,satu lembah yng panas yang dinamakan ‘caloris’ (haba) telah dijumpai. Lembah ini terletak di sebelah utara dan selatan, iaitu pada perihelion yang berselang-seli. Perihelion ialah kawasan yang paling dekat dengan matahari, manakala adhelion pula ialah kawasan yang paling jauh dengan matahari. Lembah caloris ini ialah lembah gergasi yang terhasil daripada kesan hentaman (1300 km) yang kuat. Semasa hentaman itu berlaku, satu gelombang ‘seismik’ akn wujud dan menghasilkan lembah. Di dalam lembah ini pula terdapat bulatan-bulatan lain dan gunung yang setinggi 3 km. Sebahagian dari lembah ini diisi dengan belerang.

Daripada gambar foto yang diperolehi dari ‘mariner’, terdapat satu corak (pattern) di permukaan Utarid yang tidak terdapat di permukaan bulan. Corak ini dipanggil ‘Lobate scarps’ iaitu satu lengkungan curam yang besar yang wujud selepas kewujudan ‘caloris’. Ia terbentuk akibat proses penyejatan dan penyejukan yang terjadi diplanet ini dengan ketinggian 3 km dan panjang beratus-ratus kilometer.

Planet Utarid tidak seperti planet bulan. Ini kerana ia tidak mempunyai ‘dark maria’. Planet Utarid adalah 60% lebih tumpat daripada bulan. Disebabkan oleh permukaannya yang berbatu, terasnya besar dan tumpat seperti logam. Haba di planet ini cepat hilang kerana saiznya yang kecil. Terdapat juga medan magnet di planet ini, iaitu wujud besi lebur teras. Besi yang lebur itu bercampur dengan sulfur dan ini menahannya dari membeku. Asasnya, teras planet ini lebih besar berbanding kerak dan mantelnya.

2. Zuhrah


Zuhrah dan Bumi dikatakan kembar, namun demikian terdapat banyak perbezaan antara keduanya. 95%  Zuhrah hampir dengan Bumi. Komposisnya juga dipercayai sama dengan Bumi. Secara kasar, 36 kapal angkasa telah melawat planet ini dan mendapati planet ini tidak mempunyai medan magnet dan terasnya tidak cair seperti Bumi.

Zuhrah berputar sebanyak 243 hari mengelilingi matahari dengan arah ke belakang (retrograde). Saintis percaya planet ini mempunyai udara yang nyaman walaupun atmosferanya berawan, kering, panas dan bergunung berapi. Melalui spectra yang diterima dari kapal angkasa, atmosfera Zuhrah mengandungi 96%karbon dioksida, 3.5% nitrogen dan 0.5% wap air, argon, asid sulfurik, asid hidroklorik dan HF.

Atmosferanya ditutupi dengan awan tebal,mengandungi titisan asid sulfuric dan hablur sulfur mikroskopik. Oleh itu permukaannya tidak dapat dilihat dengan jelas. Untuk melihat awan di planet ini, kapal angkasa telah menjatuhkan penduga (probe). Didapati awan-awan ini berlapis-lapis dan lebih tinggi dan stabil dari awan di Bumi. Atmosferanya panas, peredaran-peredaran gas di planet ini bergerak ke kawasan-kawasan gelap dan berkutub. Pergerakan ini menghasilkan alur-alur jet berkelajuan 300 km/j dari timur ke barat dan menyebabkan atmosferanya kelihatan berputar selama 4 hari. Pergerakan arus jet menyebabkan putaran planet ini menjadi perlahan.

Atmosferanya yang panas menyebabkan keraknya menjadi lembut dan menggalakkan letupan gunung berapi. Apabila letupan gunung berapi terjadi, terasnya akan menjadi sejuk. Permukaan planet ini berkawah disebabkan oleh atmosferanya yang tebal. Oleh itu meteriod dan asteroid yang kecil akan dihancurkan sebelum sampai ke permukaan. Dipercayai usia kawah-kawah ini lebih tua dari yang yang terdapat di bumi, tetapi lebih muda dari yang terdapat di bulan. Akibat dari letupan gunung berapi, banjir lava sering terjadi.

Sama seperti di Bumi, peredaran awan di Zuhrah diganggu dan dipecahkan oleh cyclonic circulation (putaran siklonik). Awan dipecah-pecahkan. Gangguan ini berpunca dari putaran Bumi yang laju. Atmosfera dibahagian atasnya sejuk manakala di bahagian bawahnya pula adalah panas. Suhu di permukaannya ialah 745 K dan tekanannya 90 kali ganda dari tekanan di Bumi. Jika ketumpatan atmosfera di bumi 1000 kali ganda kurang dari air, tetapi di Zuhrah, udaranya hanyalah 10 kali ganda lebih tumpat dari air.

Sebenarnya, atmosfera di Zuhrah sangat kering. Terdapat bukti yang menyatakan bahawa suatu masa dahulu ada kandungan air yang mencukupi. Kapal angkasa Venus yang telah menuruni atmosfera Zuhrah pada tahun 1978 mendapati deuterion atom di planet itu adalah 150 kali ganda dari di Bumi.

3. Bumi

Sepertimana dari gambarajah diatas, Bumi merupakan planet ketiga daripada matahari. Planet ini merupakan rumah kepada jutaan spesies, termasuklah manusia. Bumi merupakan satu-satunya tempat di dalam alam semesta di mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 billion tahun yang lalu, dan kehidupan muncul di permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer.

70.8%  permukaan bumi diseliputi air. Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, 1% wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500 °C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantel silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebal.

Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.

Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi. Puncak tertinggi adalah gunung Everest setinggi 8,848 meter, dan lautan terdalam mencecah 10,924 m. Tasik tertinggi adalah tasik Titicaca, dan tasik terbesar adalah Laut Caspian. Lautan terbesar ialah Lautan Pasifik. Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi merupakan padang pasir.

Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70 °C sehingga 55 °C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi adalah bersamaan 24 jam. Setahun di bumi bersamaan 365.25 hari.

Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta juta tan, dengan luas permukaan 510 juta km persegi manakala ketumpatan Bumi pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1.

Graviti Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1.
 
Bumi mempunyai sebuah satelit semulajadi iaitu bulan. 

4. Marikh

Marikh merupakan planet ke-4 dari matahari dalam Sistem Suria yang mempunyai jarak kejauhan secara purata 1.5 AU dan dinamakan sempena nama Tuhan Peperangan Tamadun Rom (Tuhan Peperangan Tamadun Yunani sedarjatnya: Ares) disebabkan warna kemerahannya dengan beberapa zon-zon gelap di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan Deimos yang mempunyai saiz lebih-kurang 10 km. Setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid.

Berbeza dari planet-planet lain, Marikh berputar di atas paksinya lebih-kurang dalam masa yang sama dengan Bumi. Oleh yang demikian, pertukaran siang dan malamnya agak serentak dengan Bumi. Paksi putarannya juga condong berbanding dengan dataran orbit pada sudut yang lebih kurang sama dengan Bumi. Ini menyebabkan musimnya lebih kurang serupa dengan Bumi, cuma mengambil masa yang lebih panjang sebab satu putarannya mengelilingi Matahari atau setahun di Marikh, mengambil masa lebih panjang dari setahun di Bumi.
Pada musim panas zon khutub yang agak putih kelihatan kecil. Manakala pada musim sejuk pula, zon khutup yang putih kelihatan membesar sementara zon gelap pula mengecil. Zon gelap adalah kawasan batu-batuan yang diliputi debu-debu yang bertukar ketebalannya mengikut musim. Warna merah di permukaan Marikh adalah disebabkan oleh keujudan besi-oksida.

Marikh hanya mempunyai keluasan 25% permukaan Bumi dan hanya 10% jisim Bumi (walau bagaimanapun keluasan daratan Bumi adalah sama dengan keluasan daratan Marikh). Atmosfera Marikh amat nipis dan tekanan atmosferanya hanya 750 Pa (kira-kira 0.75% purata di Bumi).

Komposisi atmosfera Marikh adalah 95% karbon dioksida, 3% nitrogen, 1.6% argon dengan sedikit sahaja kandungan oksigen dan air. Pada tahun 2003, metana telah dikesan dalam atmosfera Marikh oleh teleskop Bumi dan telah disahkan (secara tidak rasmi) pada Mac 2004 oleh prob: Mars Express Orbiter. Kehadiran metana memang aneh disebabkan metana bukannya gas adi serta menunjukkan kemungkinan adanya punca gas tersebut di planet Marikh. Aktiviti gunung berapi, hentaman komet dan kehadiran kehidupan seni (mikroorganisma) seperti metanogen di planet ini masih belum dibuktikan lagi.

Di Marikh dipercayai ada makhluk hidup yang dinamakan sebagai Martian (bahasa Inggeris). Ini disebabkan perjumpaan "terusan Marikh" oleh Percival Lowell. Beliau menyatakan ia merupakan struktur buatan oleh penduduk planet Marikh dan perubahan kegelapan / kecerahan yang telah menyebabkan beliau percaya ada pertumbuhan vegetatif di Marikh. Di situ berpuncanya cereka tentang makhluk planet Marikh. Sekarang, pemerhatian Percival Lowell telah dikatakan tersesat dan dilabelkan sebagai paritan lama akibat pergerakan air pada zaman dahulu-kala.
Pada tahun 2000, terdapat penyelidikan terhadap meteorit yang dikatakan mempunyai fosil hidupan purba Marikh.  Sehingga tahun 2004, kehidupan di planet Marikh masih tidak mendapat jawapan yang tetap dan tepat. Mengikut kajian, pada tahun 2003 planet ini telah berubah putarannya sehingga kini. Perubahan putaran ini telah menyebabkan pelbagai kesan kepada bumi, antaranya pelbagai perubahan cuaca dan sebagainya.

Penjelajahan Marikh menggunakan kapal angkasa telah bermula dalam tahun 1965 dengan penerbangan-lintas oleh Mariner 4. Dalam tahun 1976, Dua kapal angkasa Viking menyelidiki Marikh selama beberapa tahun. Setiap satunya terdiri daripada satu alat cerapan yang berputar mengelilingi Marikh untuk memetakan permukaan dan meyelidiki atmosfera dan satu lagi alat penduga yang diturunkan kepermukaan Marikh untuk mengkaji cuaca, ukuran seismos dan mengambil bahan contoh permukaan terutamanya untuk mengesan keujudan unsur-unsur hidup.
Satu daripada bentukan yang menakjubkan di permukaan Marikh terdapat berdekatan dengan khatulistiwanya. Ia mempunyai bentuk canyon yang amat besar dan dinamai Valles Marineris sempena kapal angkasa Mariner. Ia memanjang melebihi 3000 km dengan kedalaman 8 km. Bentukan tersebut dikelilingi oleh sistem canyon yang agak sederhana besarnya. Pakar-pakar planet percaya bahawa bentukan tersebut adalah akibat runtuhan dataran-dataran yang besar.

Planet Marikh mempunyai udara yang amat nipis dengan tekanan udara kurang dari 1 peratus tekanan di Bumi. Lebih 95 peratus daripada atmosferanya adalah terdiri daripada karbon-dioksida. Selebihnya adalah terdiri daripada sedikit nitrogen, argon, oksigen dan gas yang lain-lain. Dalam atmosfera tersebut juga terdapat sedikit wap air yang cukup untuk membentuk awan berais dan kabus. Dari permukaan Marikh pula, langit kelihatan berwarna jingga. Ini mungkin akibat kehadiran debu-debu di atmosferanya.

Suhu di permukaan Marikh berubah dengan amat cepat, dari tahap minima -140oC diwaktu malam ke tahap maksima 0oC diwaktu siang pada musim sejuk dan 20oC diwaktu siang pada musim panas. Atmosfera Marikh kadang-kadang menimbulkan ribut dan taufan melibati keseluruhan Marikh dan berlanjutan selama beberapa bulan. Dalam masa ini, permukaan Marikh akan tertutup dari penglihatan disebabkan debu-debu yang terangkat dari permukaan akibat tiupan angin. Ribut dan taufan seperti ini telah terjadi dipermulaan misi Mariner 9. Pada masa itu, Mariner 9 tidak dapat mencerap permukaan Marikh selama beberapa minggu.


5. Musytari

Musytari yang juga dikenali sebagai Age Star. Merupakan planet yang kedua paling cerah selepas planet Utarid, planet kelima daripada kedudukan Matahari dan planet terbesar daripada lapan planet dalam sistem suria.

Manakala kadar pencahayaan magnitud visual planet Musytari dalam tempoh beberapa minggu sebelum dan selepas istiqbal adalah dalam lingkungan - 2.7 berbanding kecerahan bintang biasa iaitu 1 magnitud.

Bulan Musytari iaitu Europa dan Ganymede menunjukkan bahawa  permukaan berlaut. 

Musytari mempunyai 50 bulan yang telah dikenalpasti. Bulan paling besar di dalam Sistem Suria iaitu Ganymede merupakan bulan Musytari. Kebanyakan bulan Musytari mempunyai orbit berbentuk elips dan orbit ke belakang (bertentangan dengan putaran planet).

Planet musytari terletak di antara orbit planet marikh dan zuhal pada jarak 5.2 unit Astronomi atau lebih daripada 770 juta kilometer dari matahari.

Musytari mempunyai jisim yang besar, iaitu lebih daripada 300 kali jisim bumi. Disebabkan itu, planet ini mempunyai tarikan graviti lebih dari dua kali ganda tarikan graviti bumi.  Planet ini wujud dalam bentuk gas dan oleh itu mempunyai ketumpatan yang rendah iaitu kira-kira 25% sahaja daripada ketumpatan bumi.

Saiz planet ini pula lebih daripada 11 kali lebih besar dari bumi.

Disebabkan sifat fizikal musytari, ia diklasifikasikan sebagai planet Jovian, iaitu planet yang wujud dalam bentuk gas dan bersaiz gergasi. Planet-planet lain dalam kategori ini adalah zuhal, uranus dan neptun.

Terdapat tompok merah gergasi (giant red spot) yang kelihatan dengan jelas pada permukaannya. Struktur berbentuk bujur dengan dimensi berukuran kira-kira 20,000 km x 50,000 km.

Struktur tompok gergasi merah ini didapati berada pada paras 8 kilometer lebih tinggi dan mempunyai suhu yang lebih rendah berbanding dengan lapisan atmosfera di sekitarnya. Ini menunjukkan bahawa struktur ini merupakan suatu kawasan atmosfera bertekanan tinggi.

Tompok merah gergasi juga didapati berputar pada arah lawan jam di sebelah selatan hemisfera musytari. Struktur gergasi ini sebenarnya adalah suatu kawasan ribut yang berlaku secara berterusan di bahagian atas atmosfera musytari.

Atmosferanya kelihatan berlapis-lapis dengan warna putih, biru, merah dan kuning.

6.Zuhal

Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria. 

Zuhal mempunyai 53 bulan. Bulan Zuhal iaitu Titan, juga merupakan bulan kedua terbesar dalam Sistem Suria selepas bulan Musytari iaitu Ganymede.   
Titan, merupakan satu-satunya bulan dalam Sistem Suria yang mempunyai awan, mempunyai atmosfera seperti planet yang misteri dan tebal serta mempunyai tasik pada permukaannya.  

Terdapat juga bulan Zuhal yang mengorbit jauh darinya.

7. Uranus 

Uranus adalah planet ke tujuh dari pusat sistem suria. Ia planet dari jenis Jovian. Planet ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Planet ini berbeza dengan Musytari dan Zuhal dari segi gelang dan bulan.

Saiz uranus adalah 1/3 dari saiz planet Musytari dengan jisim 1/20 jisim planet Musytari.

Jaraknya Uranus ke matahari adalah empat kali ganda lebih jauh dari jarak Musytari ke matahari.

Planet ini merupakan palanet yang sejuk dengan 100 darjah lebih sejuk dari planet Musytari.

Tekanan graviti uranus adalah rendah dan tiada logam cecair hidrogen dan helium di dalam nya.

Planet ini berputar secara golekan dengan kutub utara dan kutub selatan di ufuk. Khatulistiwanya condong sebanyak 98 darjah. Disebabkan putarannya secara golekan, setiap empat musim mengambil masa 20 tahun iaitu satu musim bersamaan dengan lima tahun.

Ahli astronomi berpendapat planet ini bergolek kerana mungkin ia dilanggar suatu masa dahulu. Di planet ini, terdapat juga gelang seperti planet Zuhal tetapi ianya tidak dapat dilihat. Gelang nya hanya dapat dilihat bila berlaku okultasi. Okultasi ialah keadaan apabila matahari bergerak menghampiri bulan dan menutupinya.

8. Neptun

 


 


11 comments: